Salah satu Masalah Utama Kereta yang paling ditakuti apabila air memasuki Enjin kereta.Lebih2 lagi bila hujan dan banjir. Ia pasti membabitkan kos baikpulih yang tinggi. Namun,jangan risau kos berkenaan dapat dikurangkan jika anda ikut beberapa tips ini. Sekiranya keseluruhan kereta dan bahagian Enjin tenggelam, periksa kereta anda selepas keadaan mengizinkan (tidak hujan atau banjir surut) Jangan sekali-kali menghidupkan Enjin kereta jika keadaan tidak sesuai kerana ia akan mengakibatkan anda terpaksa membayar kos yang berlipat ganda untuk membaikinya. Ini kerana apabila Enjin cuba dihidupkan dalam keadaan demikian, Aliran Elektrik akan mengalir ke dalam semua Sistem Elektronik Enjin termasuk Kotak Komputer (untuk kereta suntikan elektronik). Sekiranya masih ada saki-baki air dalam alat berkenaan, litar pintas boleh berlaku dan alat itu terpaksa diganti.
Tindakan berkenaan boleh menyebabkan semua Sensor yang menyalakan suis Enjin akan terbakar.
Selepas itu, (kalau tak tahu hantar ke bengkel atau orang yang mahir) buka keseluruhan kereta anda termasuk penutup Alat Elektronik. Palam pencucuh juga perlu diperiksa dan pastikan ia tidak berair. Minyak Enjin juga perlu diperiksa sama ada ia tercampur dengan air atau tidak. Begitu juga dengan Petrol. Selepas kesemua Peralatan Elektronik kering sepenuhnya, Enjin boleh dihidupkan tetapi tidak perlu digerakkan kerana Kotak Gear belum diperiksa.
Sekiranya Enjin boleh dihidupkan, kosnya tidaklah begitu mahal. Jika sebaliknya, ia mungkin boleh memeningkan kepala anda kerana kos nya agak tinggi.. Kemudian minyak Kotak Gear pula perlu diperiksa. Dalam keadaan biasa ia akan berwarna merah. Jika bercampur air, Minyak Gear perlu ditukar dan Enjin perlu dihidupkan dalam masa dua hingga lima minit. Kemudian, Minyak Kotak Gear diperiksa sekali lagi dan ulang proses ini sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga enam tujuh kali.

Sekiranya tiada kerosakan yang membabitkan Peralatan Elektronik, kos mungkin hanya membabitkan Upah Mekanik, Minyak Enjin, Minyak Kotak Gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti Penapis Udara.
No comments:
Post a Comment