Blogger Templates

Total Pageviews

Monday, November 1, 2010

Info - Jika Bateri Lemah

Pernahkan anda mengalami situasi dimana pagi-pagi nak pergi kerja, enjin kereta pula tak dapat dihidupkan kerana bateri lemah. Memang stress kan... Kenapa agaknya bateri menjadi lemah? Mungkin kerana kering sebab tak periksa air bateri atau mungkin lupa untuk mematikan  sistem elektrik kereta seperti lampu, sistem radio dan sebagainya. Ada juga kes yg agak jarang terjadi tetapi pernah terjadi dimana kereta mengalami masalah current leak setiap masa menyebabkan bateri kenderaan discharge.
Banyak kemungkinan penyebab masalah bateri lemah.





Anda ada “Jumper” untuk melakukan Jump Start? Ada sebuah lagi kereta berhampiran kereta anda? Mungkin kereta isteri/ suami anda atau anak-anak anda? kalau ada kedua-duanya anda dikira “selamat”.



Ok kita cerita tentang cara dan keselamatan membuat jump start.
1-Rapatkan kedua-dua kereta supaya jumping cable dapat diletakkan dikedua-dua bahagian kenderaan. Jangan terlalu rapat sehingga menyentuh.
2-Pastikan kenderaan support mestilah dihidupkan beberapa minit dahulu sebelum membuat jump start.
3-Pastikan kesemua komponen eletronik dipadamkan.
4-Aturannya merah untuk positif dan hitam untuk negatif. Pastikan anda memasang positif dahulu di kedua-dua kereta barulah memasang bahagian negatif.
5-Hidupkan kenderaan yang baterinya lemah tersebut dan kemudian tanggalkan jumping cable secara berhati-hati dan perlahan-lahan. Pastikan membuka jumping kabel secara terbalik iaitu didahului dengan negatif dan kemudian barulah positif.
6-Biarkan Enjin kereta anda running sebelum memulakan perjalanan untuk tukar bateri atau ke bengkel dan sebagainya.









Semoga apa yang dikongsi ini dapat memberi sedikit pengetahuan tentang cara penjagaan kereta. Mungkin perkara ini agak mudah tetapi bagi yang tak tahu pasti terkial-kial nak buat dengan penuh ketakutan. mana tau kena renjatan letrik pulak…. sebab itulah langkah-langkah keselamatan perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan…

Info - 3 Perkara Asas Yg Perlu tahu tentang Penjagaan Kereta

Ni saya nak berkongsi sikit TIPs atau Perkara Asas Penjagaan Kereta (perlu ambil tahu)sbb zaman skrg ni kita selalu lewa dengan benda2 macam ni..bila sesuatu yang buruk berlaku baru kita salahkan kereta la..dan macam2 lagi.... So sebagai seorang Mekanik atau salah seorang Pengguna kereta yang berhemah..(cehh)...aku nak berkongsi Ilmu yang simple ni sikit.

Tips Pertama:-
Periksa AIR
Air merupakan mekanisme yang paling penting. Tak ada air, nanti kereta akan panas. Radiator yang panas akan menyebabkan enjin terhenti dan akan berasap.
Pas check tu..Pastikan juga penutup Radiator tu rapat! Kalau tak, keringla air kat tengah jalan.....

Tips Kedua:
Periksa MINYAK
Minyak ni ada banyak jenis minyak..Minyak Gear,Minyak Brek,Minyak Enjin,dll..tapi sekarang aku nak tekankan dengan Minyak enjin atau kita semua panggil Minyak Hitam. Kalau kereta baru,seeloknya kita periksa sebulan sekali..dan kalau yang tak berapa baru tu,elok periksa seminggu sekali...kalau hari2 lagi terbaeekkk....he..he...

Tips Ketiga:
Periksa ANGIN Tayar
ni satu hal...perkara ni pengguna2 kereta selalu buat tak tau atau tak tahu langsung...Bila masuk kereta,start enjin and terus jalan...Seharusnya....sebelum masuk kete tu,pastikan tayar tu ada angin....

Ok..ni benda yang simple yang perlu anda tahu,tak kira samada Pengguna kereta tu lelaki atau perempuan.