Blogger Templates

Total Pageviews

Monday, November 1, 2010

Info - Jika Bateri Lemah

Pernahkan anda mengalami situasi dimana pagi-pagi nak pergi kerja, enjin kereta pula tak dapat dihidupkan kerana bateri lemah. Memang stress kan... Kenapa agaknya bateri menjadi lemah? Mungkin kerana kering sebab tak periksa air bateri atau mungkin lupa untuk mematikan  sistem elektrik kereta seperti lampu, sistem radio dan sebagainya. Ada juga kes yg agak jarang terjadi tetapi pernah terjadi dimana kereta mengalami masalah current leak setiap masa menyebabkan bateri kenderaan discharge.
Banyak kemungkinan penyebab masalah bateri lemah.





Anda ada “Jumper” untuk melakukan Jump Start? Ada sebuah lagi kereta berhampiran kereta anda? Mungkin kereta isteri/ suami anda atau anak-anak anda? kalau ada kedua-duanya anda dikira “selamat”.



Ok kita cerita tentang cara dan keselamatan membuat jump start.
1-Rapatkan kedua-dua kereta supaya jumping cable dapat diletakkan dikedua-dua bahagian kenderaan. Jangan terlalu rapat sehingga menyentuh.
2-Pastikan kenderaan support mestilah dihidupkan beberapa minit dahulu sebelum membuat jump start.
3-Pastikan kesemua komponen eletronik dipadamkan.
4-Aturannya merah untuk positif dan hitam untuk negatif. Pastikan anda memasang positif dahulu di kedua-dua kereta barulah memasang bahagian negatif.
5-Hidupkan kenderaan yang baterinya lemah tersebut dan kemudian tanggalkan jumping cable secara berhati-hati dan perlahan-lahan. Pastikan membuka jumping kabel secara terbalik iaitu didahului dengan negatif dan kemudian barulah positif.
6-Biarkan Enjin kereta anda running sebelum memulakan perjalanan untuk tukar bateri atau ke bengkel dan sebagainya.









Semoga apa yang dikongsi ini dapat memberi sedikit pengetahuan tentang cara penjagaan kereta. Mungkin perkara ini agak mudah tetapi bagi yang tak tahu pasti terkial-kial nak buat dengan penuh ketakutan. mana tau kena renjatan letrik pulak…. sebab itulah langkah-langkah keselamatan perlu diambil untuk mengelakkan kemalangan…

No comments:

Post a Comment