Blogger Templates

Total Pageviews

Friday, December 23, 2011

Penggunaan Kad Kredit di R A G

Kepada Semua Pelanggan (Baru atau Lama) Kini anda boleh membuat bayaran dengan menggunakan Kad Kredit. Penggunaan mestilah melebihi bayaran/bil RM 150..Harap Maklum..Terima Kasih..



Thursday, December 1, 2011

Tips Penjagaan Radiator

Apa itu Radiator??? Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan Sistem Penyejukkan Air. Tetapi terdapat juga kereta yang tidak mempunyai Radiator kerana ia menggunakan Sistem Penyejukkan Udara seperti Volkswagon.

Info2 lain Sistem Penyejukkan Air

Sistem Penyejukkan Air dapat menghalang Enjin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian Enjin dan kemudian melalui Radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam Enjin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun Enjin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah Overheating. Tetapi Enjin yang menggunakan Sistem Penyejukkan Udara akan menghadapi masalah Overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yangbergerak untuk menyejukkan Enjin.

Sistem Penyejukkan Air tidaklah terlalu lasak seperti Sistem Penyejukkan Udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk Sistem Penyejukkan Udara.


Cara Penyelenggaraan Radiator:

1-Buka kunci Hos dibahagian bawah Radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.

2-Buka air daripada Paip (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam Radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada Radiator, kemudian hidupkan Enjin.

3-Biar Enjin dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada Radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu.

4-Matikan Enjin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah Radiator dan isikan Radiator dengan air paip tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.

5-Hidupkan Enjin tanpa menutup penutup Radiator. Dan untuk makluman kita bersama selepas beberapa ketika, apabila Enjin panas, air di dalam Radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat Non Function di bahagian tertentu Sistem Penyejukkan. Mungkin Radiator tersumbat, atau Termostat tidak berfungsi.

6-Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan Radiator tersumbat atau Sistem Aliran Air di dalam Enjin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu Enjin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, Overheating boleh berlaku.

7.Opppss!!Perhatian!! Penggunaan Coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air (waterpump) dan termostat dan juga boleh menyebabkan Radiator tersumbat.

8-Sekiranya Radiator tersumbat, terdapat kedai atau bengkelyang boleh membersihkan Radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas.

Sekiranya Radiator bocor, dinasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar Radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong) kerana jika dibiarkan, kemungkinan Overheating boleh berlaku dan kos agak tinggi..




P/S..SEKIRANYA ANDA TIDAK YAKIN NAK BUAT SENDIRI...LEBIH BAIK ANDA HANTAR KE BENGKEL2..Kang kalau tersilap langkah..lain jadi nya..:)

(sumber rujukan=daripada beberapa rujukan2 lain)

Kerja di Bengkel (Part 3)





P/S Repair juga Kereta2 CONTINENTAL dengan KOS dan CAJ yang terlalu BERPATUTAN!!

Wednesday, November 30, 2011

LOGO dan T-Shirt R A G


(Depan)

(Belakang)


Kerja di Bengkel (Part 2)

Di antara GEARBOX yang di Overhaul dan di Baikpulih








Kerja di Bengkel (Part 1)

Ini diantara Kereta-Kereta Customer R A G yang dihantar untuk di Baikpulih:-



Jenis Sparepart dan Tips Membeli Sparepart

Untuk pengetahuan anda semua terdapat beberapa Jenis atau Grade Sparepart yang perlu anda ketahui. Anda ada Pilihan untuk memlih sparepart yang anda kehendaki walaupun anda meminta Mekanik yang membelikannya.

Sparepart Original (Negara pengeluar seperti Jepun dan UK)
Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada Pengedar yang sah. Barangan ini sangat Berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya Penjual akan memberi Jaminan terhadap barangan ini.

Sparepart Original (dibuat di Malaysia di bawah Lesen Pengeluar).
Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh Penjual.

Sparepart tiruan (dibuat di Malaysia atau di Negara lain)
Harganya sangat Murah tetapi Kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

Sparepart Recon (Malaysia)
Barangan ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada Enjin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya sederhana.

Sparepart Secondhand (Kedai Potong).
Barangan ini boleh dikatakan 100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan Original (Jepun dan UK) Kualiti bergantung kepada Jenis barangan dan kenderaan. Biasanya Penjual akan memberikan Jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Ini saya bagi contoh di antara barang/sparepart yang boleh anda kenal pasti
Contohnya Minyak Enjin, anda perlu berhati-hati dengan penjualan Minyak Enjin Murah kerana minyak itu biasanya adalah Minyak Recycle atau Recon. Minyak Enjin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi Minyak Recon kalau anda rasa anda akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Contoh yang kedua adalah Timing Belt. Timing belt Originaljika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan salah satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang tiruan. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan Original. Selepas menggunakan barangan tiruan selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar.

Dan contoh terakhir yang saya nak kongsi adalah Absober dan Clutch Plate. Untuk Absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi Absorber Recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti Absorber Adjustable. Clutch plate pula anda dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad clutch dengan pepaku/rebet asal.

Moga Tips Ini dapat memberi Manfaat Kepada kita semua.


Masalah - Enjin kereta dimasuki Air

Salah satu Masalah Utama Kereta yang paling ditakuti apabila air memasuki Enjin kereta.Lebih2 lagi bila hujan dan banjir. Ia pasti membabitkan kos baikpulih yang tinggi. Namun,jangan risau kos berkenaan dapat dikurangkan jika anda ikut beberapa tips ini. Sekiranya keseluruhan kereta dan bahagian Enjin tenggelam, periksa kereta anda  selepas keadaan mengizinkan (tidak hujan atau banjir surut) Jangan sekali-kali menghidupkan Enjin kereta jika keadaan tidak sesuai kerana ia akan mengakibatkan anda terpaksa membayar kos yang berlipat ganda untuk membaikinya. Ini kerana apabila Enjin cuba dihidupkan dalam keadaan demikian, Aliran Elektrik akan mengalir ke dalam semua Sistem Elektronik Enjin termasuk Kotak Komputer (untuk kereta suntikan elektronik). Sekiranya masih ada saki-baki air dalam alat berkenaan, litar pintas boleh berlaku dan alat itu terpaksa diganti.

Tindakan berkenaan boleh menyebabkan semua Sensor yang menyalakan suis Enjin akan terbakar.
Selepas itu, (kalau tak tahu hantar ke bengkel atau orang yang mahir) buka keseluruhan kereta anda termasuk penutup Alat Elektronik. Palam pencucuh juga perlu diperiksa dan pastikan ia tidak berair. Minyak Enjin juga perlu diperiksa sama ada ia tercampur dengan air atau tidak. Begitu juga dengan Petrol. Selepas kesemua Peralatan Elektronik kering sepenuhnya, Enjin boleh dihidupkan tetapi tidak perlu digerakkan kerana Kotak Gear belum diperiksa.

Sekiranya Enjin boleh dihidupkan, kosnya tidaklah begitu mahal. Jika sebaliknya, ia mungkin boleh memeningkan kepala anda kerana kos nya agak tinggi.. Kemudian minyak Kotak Gear pula perlu diperiksa. Dalam keadaan biasa ia akan berwarna merah. Jika bercampur air, Minyak Gear perlu ditukar dan Enjin perlu dihidupkan dalam masa dua hingga lima minit. Kemudian, Minyak Kotak Gear diperiksa sekali lagi dan ulang proses ini sehingga ia betul-betul menjadi warna merah dan tidak lagi bercampur dengan air. Biasanya proses ini perlu diulang sehingga enam tujuh kali.

Sekiranya tiada kerosakan yang membabitkan Peralatan Elektronik, kos mungkin hanya membabitkan Upah Mekanik, Minyak Enjin, Minyak Kotak Gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti Penapis Udara.

Monday, October 10, 2011

PROFAIL SYARIKAT

LATAR BELAKANG SYARIKAT

R A G Auto Garage (R A G) telah ditubuhkan pada 29 September 2010 dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan dan terus beroperasi sehingga ke hari ini dengan tujuan untuk memberikan Perkhidmatan Membaikpulih Enjin dan Gearbox Semua Jenis Kenderaan (Petrol dan Diesel).

VISI
Visi R A G adalah untuk menjadi sebuah Bengkel Kereta Bumiputra yang dikenali dengan kualiti kerja yang baik, dan Memainkan Peranan utama dalam Bidang Automotif.

MISI
Misi R A G adalah untuk menyediakan Perkhidmatan yang baik dan Berkualiti tinggi serta dapat memuaskan semua kehendak pelanggan. R A G juga akan berperanan menjadi penasihat bagi memastikan para pelanggannya menjaga kenderaannya dengan baik dan dengan cara yang betul. Bagi memastikan Misi ini berjalan dengan lancar, R A G akan komited dengan kerja, memastikan kerja dan barang yang digunakan adalah baik dan berkualiti, serta melahirkan pekerja-pekerja yang bertanggungjawab dan berdedikasi semasa menjalankan tugas mereka.

SKOP PERNIAGAAN

Skop Perniagaan :-
Membaikpulih Kenderaan,
Servis Keseluruhan,
Top Overhaul /Overhaul (Enjin dan Gearbox),
Wiring,
Tukar / Salin Enjin (Halfcut)
Aircond
Tunning / Timing
Bateri
Suspension.


                                                  



Thursday, January 27, 2011

Info - Why Engine Overheat

Read all the simple tips of the cause of engine overheating from us below (Penyebab Enjin Overheating) :-

There are many different reasons that can cause an Engine Overheat, but they all have in common three aspects. The three aspects which all engine overheat factors have in common are that they cause that the heating system can not get rid of heat, they cause a loss of coolant or they directly cause too much heat in the engine.

One first problem which might be the cause of an engine overheat is a problem with the radiator cap and the pressure it holds. If the radiator cap does not hold pressure correctly then coolant could boil and therefore the engine would overheat. Another reason might be caused by thermostat failures,  is recommendable that you check it.

The car engine might also overheat due to Coolant Leaks such as those from the radiator, the hoses, the water pump, the freeze plugs or any others. Also, problems in the Water Pump could be the cause and therefore you should check it and replace it in case it is needed

Some other reasons by which the car engine could overheat are problems in the Exhaust System which you can discover by checking vacuum readings, pipes and converter. Besides, you should also make sure that the radiator hose has not collapsed and the ignition timing is working properly.



You should also check the Electric Cooling Fan by making sure that the fan motor, the relay and temperature are correct or otherwise it could cause the engine to overheat. Besides this, you should also check the radiator in case there are any debris in it as well as you should check its hose in case it has collapsed

If you do not find why your engine does overheat, you should ask a mechanic or an expert for advice. You should not try to fix this if you do not have the proper tools and General Car Knowledge necessary for it.



Sumber Maklumat:Kereta Info//