Friday, December 23, 2011
Penggunaan Kad Kredit di R A G
Kepada Semua Pelanggan (Baru atau Lama) Kini anda boleh membuat bayaran dengan menggunakan Kad Kredit. Penggunaan mestilah melebihi bayaran/bil RM 150..Harap Maklum..Terima Kasih..
Thursday, December 1, 2011
Tips Penjagaan Radiator
Apa itu Radiator??? Radiator merupakan komponen sampingan terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan Sistem Penyejukkan Air. Tetapi terdapat juga kereta yang tidak mempunyai Radiator kerana ia menggunakan Sistem Penyejukkan Udara seperti Volkswagon.
Info2 lain Sistem Penyejukkan Air
Sistem Penyejukkan Air dapat menghalang Enjin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian Enjin dan kemudian melalui Radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam Enjin. Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun Enjin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah Overheating. Tetapi Enjin yang menggunakan Sistem Penyejukkan Udara akan menghadapi masalah Overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yangbergerak untuk menyejukkan Enjin.
Sistem Penyejukkan Air tidaklah terlalu lasak seperti Sistem Penyejukkan Udara. Ia memerlukan penyelengaraan dari masa ke semasa dan sebaliknya untuk Sistem Penyejukkan Udara.
Cara Penyelenggaraan Radiator:
1-Buka kunci Hos dibahagian bawah Radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.
2-Buka air daripada Paip (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam Radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada Radiator, kemudian hidupkan Enjin.
3-Biar Enjin dan air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada Radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu.
4-Matikan Enjin, pasangkan kembali kunci hos di bahagaian bawah Radiator dan isikan Radiator dengan air paip tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.
5-Hidupkan Enjin tanpa menutup penutup Radiator. Dan untuk makluman kita bersama selepas beberapa ketika, apabila Enjin panas, air di dalam Radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat Non Function di bahagian tertentu Sistem Penyejukkan. Mungkin Radiator tersumbat, atau Termostat tidak berfungsi.
6-Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan Radiator tersumbat atau Sistem Aliran Air di dalam Enjin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu Enjin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, Overheating boleh berlaku.
7.Opppss!!Perhatian!! Penggunaan Coolant boleh memendekkan jangkahayat pam air (waterpump) dan termostat dan juga boleh menyebabkan Radiator tersumbat.
8-Sekiranya Radiator tersumbat, terdapat kedai atau bengkelyang boleh membersihkan Radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas.
Sekiranya Radiator bocor, dinasihatkan, ambil tindakan segera dengan menukar Radiator (samada baru atau secondhand (kedai potong) kerana jika dibiarkan, kemungkinan Overheating boleh berlaku dan kos agak tinggi..
P/S..SEKIRANYA ANDA TIDAK YAKIN NAK BUAT SENDIRI...LEBIH BAIK ANDA HANTAR KE BENGKEL2..Kang kalau tersilap langkah..lain jadi nya..:)
(sumber rujukan=daripada beberapa rujukan2 lain)
Wednesday, November 30, 2011
Jenis Sparepart dan Tips Membeli Sparepart
Untuk pengetahuan anda semua terdapat beberapa Jenis atau Grade Sparepart yang perlu anda ketahui. Anda ada Pilihan untuk memlih sparepart yang anda kehendaki walaupun anda meminta Mekanik yang membelikannya.
Sparepart Original (Negara pengeluar seperti Jepun dan UK)
Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada Pengedar yang sah. Barangan ini sangat Berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya Penjual akan memberi Jaminan terhadap barangan ini.
Sparepart Original (dibuat di Malaysia di bawah Lesen Pengeluar).
Sparepart Original (dibuat di Malaysia di bawah Lesen Pengeluar).
Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh Penjual.
Sparepart tiruan (dibuat di Malaysia atau di Negara lain)
Sparepart tiruan (dibuat di Malaysia atau di Negara lain)
Harganya sangat Murah tetapi Kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.
Sparepart Recon (Malaysia)
Sparepart Recon (Malaysia)
Barangan ini sangat bahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada Enjin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya sederhana.
Sparepart Secondhand (Kedai Potong).
Barangan ini boleh dikatakan 100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan Original (Jepun dan UK) Kualiti bergantung kepada Jenis barangan dan kenderaan. Biasanya Penjual akan memberikan Jaminan yang terhad untuk barangan ini.
Ini saya bagi contoh di antara barang/sparepart yang boleh anda kenal pasti
Contohnya Minyak Enjin, anda perlu berhati-hati dengan penjualan Minyak Enjin Murah kerana minyak itu biasanya adalah Minyak Recycle atau Recon. Minyak Enjin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi Minyak Recon kalau anda rasa anda akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.
Contoh yang kedua adalah Timing Belt. Timing belt Originaljika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan salah satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang tiruan. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan Original. Selepas menggunakan barangan tiruan selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar.
Dan contoh terakhir yang saya nak kongsi adalah Absober dan Clutch Plate. Untuk Absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi Absorber Recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti Absorber Adjustable. Clutch plate pula anda dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad clutch dengan pepaku/rebet asal.
Moga Tips Ini dapat memberi Manfaat Kepada kita semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)